dah seminggu aku bergelumang dgn cerita dari hati...maksud aku, cerita dari hati yg aku karang utk novel ptama aku. Insya Allah... doakanlah ye.. tajuknya?? Lara Cinta Ku Hannah. dlm blog ni aku akan mendrafkan sdikit kisah d sbalik cerita tu.. nk penuh? kene tgu novel terbit nnt.cerita mengisahkan seorang pereka fesyen muda yg bernama Ku Hannah Ku Marzuqi. kisah tragik yg dialami kedua-dua ibu bapanya menjadikannya seorang yg sensitif. Ku Hannah seorang yg pendiam dan perahsia. kisah silam sepanjang menjadi anak yatim piatu menjadikannya begitu. ibunya, Lee Da Hyun atau nama Islamnya Siti Maisurah seorang wanita terhormat berdarah diraja warga korea selatan yg menjadi duta di Malaysia. ayahnya pula seorang senior architect di syarikat turun temurun keluarganya. cerita ni dah lama aku karang. sejak form 2 lg tp oleh kerana bz ngan study aku just buat ala kadar. bila dah lama tinggalkan, rasa mcm cerita yg aku buat dlu tu xde kmatangan dlm ceritanya. InsyaAllah, kali ni aku akan berusaha utk menyiapkannya agar tercapai impian aku yg pertama. nk tau lebih lnjut ttg novel ni. tgu catatan seterusnya.
lara hatiku ingin mencari erti kebahagiaan
sendu tangisku ingin mencari tawa kegembiraan
gundah jiwa ingin mencari kemanisan senyuman

Madah berbisa pena pujangga

Akukah Si Pungguk itu?

Pada setiap kata yang diucapkan
Pada setiap perkataan yang dicoretkan
Pada setiap nafas yang dihembuskan
Pada setiap tenungan yang dimimpikan
Pada sang bulan
Pungguk pasti cemburu

Namun
Dia hanya seekor pungguk
Dia mengerti
Dia hanyalah si tangan yang bertepuk sebelah
Dia fahami
Namun adakah itu syaratnya untuk dia disakiti
Dalam jurang keindahan dan ketidaksempurnaan

Keindahan sang bulan
Membuatkan si pungguk termimpi-mimpi
Cahaya yang melatarinya
Membuatkan si pungguk tersenyum sendiri
Walau bulan takkan pernah sedari
Dia akan terus setia memerhati