Salam mulia di awal Ramadhan yang penuh barakah. Semoga Ramadhan kali ini dapat mematangkan hati, mendewasakan lidah dan menyantunkan tingkah laku kita. Pohonlah doa kepada Allah supaya tidak ada manusia seangkatan kita yang memendam rasa dendam atau amarah tentang perkara-perkara lalu. Supaya kita dapat menelusuri bulan ini dengan melalui jalan yang suci dan bersih tanpa memikul berjuta dosa-dosa kecil. Andai bintang masih bersembunyi diri, intailah kata hatinya. Jangan biarkan dia bersembunyi hati kerana itu lebih parah dari hati yang terluka.
should I chase the rainbow when it is always off
I felt small compared to its natural beauty
semuanya kerana dia. andai kau tidak bisa lakukan itu, jangan memaksa. namun jangan pula kau merelakan. elakkan jika perlu, hindarkan jika mampu. andai awan gemawan itu perlu kau gapai, silakan. dan jangan sesekali menyentuh emas andai ia menghinakan
semuanya kerana dia. andai kau tidak bisa lakukan itu, jangan memaksa. namun jangan pula kau merelakan. elakkan jika perlu, hindarkan jika mampu. andai awan gemawan itu perlu kau gapai, silakan. dan jangan sesekali menyentuh emas andai ia menghinakan
Who am I? I am only a little girl standing on a surf boat in the lake dreams
Not all words can be heard, not all speech can be understood.
I am just the owner of a small heart that always will be pierced by somebody.
It hurts when someone that we love scraping our hearts
bila kita mula menyayangi seseorang, pastinya kita tidak mampu untuk menidakkan apa pun yang berlaku. kita menjadi terlebih baik, sentiasa menjaga kemahuannya. sakitkah andai dia tidak dapat melihat segala itu? sekiranya dia melihat, sudah pasti ada bedanya. aku tidak mahukan perbedaan itu. lantas aku hanya simpan dan sematkan ia kukuh dan jauh di lubuk hati...
apakah yang lebih penting dari menjaga hati sendiri? namun aku tak pernah gundahkannya, malah sesekali mempersoalkannya. aku lebih berbahagia andai dapat menjaga hati orang sekeliling yang telah mewarnakan warna2 mereka di atas kanvas perjalanan hidupku...

dan aku sebolehnya mahu...

Malam yang gelap
Ya malam sememangnya gelap
Aku merasai kehadiran bintang itu
Namun tidak kelihatan pada pandanganku

Entah kenapa sebak yang kurasa
Seperti ada kerinduan yang tak terluah
Seperti ada rasa kasih yang tak berubah

Ya, aku sebolehnya
Tidak mahu menjadi pantai
Pantai yang berubah setiap kali ombak memukul
Pantai yang hanya diam tanpa balas

Dan aku sebolehnya
Malam menjadi bulan
Bulan yang dirindui sang pungguk
Bulan yang dilatari bintang indah

Dalam gelap malam
Aku masih melihat awan
Merangkak di kaki langit

RENUNGAN

Merak merah mengibas sayap patahnya
Terus berjuang semati-mati
Dalam teguh jasad sejati
Meski hati penuh ilusi mimpi
Jiwanya merana dalam arus fantasi tragedi

Dalam malam yang kelam
Merak datang mencuri pandang
Tertepis lirikan taksub pada sukma minda
Saat matanya menajam
Beningnya cerun memimpin jelingan

Saat dan jiwa memukul bicara
Bibir seakan mengunci kata-kata
Nafas yang terhembus pada satu halusan aliran
Kesangkutan hirupan udara yang melalui lohong kecil
Mengikat perasaan yang bangkit berdiri
Meronta dalam dakapan kejamnya nurani
Saat dua jiwa melantun emosi duka

kangen band~biola tak berdawai

Berhembuslah Engkau Angin Malam
Bawa Serta Laguku
Mengitari Bumi ini Hingga Jauh

Akulah Seorang Petualang
Yang Mencari Cinta Sejati
Sampai Mati aku Akan Tetap Mencari

aku Bagai Biola Yang Tak Berdawai
Bila Tidak Engkau Lengkapi
aku Mohon Agar Engkau Tinggal Disini

Hamparan Pasir Putih Menunggu
Karang Di Lautan Menangis
Bila aku Tidak Bisa Melumpuhkanmu

Peluk Erat Tubuhku
Sentuhlah Jemariku
Rebahkan Sayap-sayap Patahmu
dan Terbanglah Bersamaku
Tuk Melintasi Langit Ke Tujuh
Bawalah aku Ke Alam Damaimu

Peluk Erat Tubuhku
Sentuhlah Jemariku
Rebahkan Sayap-sayap Patahmu

~suka mengamati bahasa indahnya...

dalam tak sedar...

Degup jantungnya laju mengetuk dada, rasa macam nak tercabut pun ada. Syufa sudah berasa tidak sedap hati. Apa yang dia langgar sebenarnya. Segera dia berdoa dalam hati dan keluar melihat keadaan di hadapan keretanya. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak seorang perempuan terlentang di hadapan keretanya. Segera dia menghampiri perempuan muda itu. Ya, perempuan itu nampaknya muda. Syufa menarik lengan perempuan muda itu perlahan-lahan dan memalingkan wajah wanita itu supaya dia dapat mengamatinya. Tiba-tiba perempuan muda itu tersedar. Dia mengerang kesakitan. Sufa memintanya bersabar supaya dia boleh menelefon ambulans. Tetapi perempuan muda itu mengeras tidak mahu.
“Kak, akak mesti tolong saya. Tolong bawa saya jauh dari tempat ni. Tak payah telefon ambulans. Akak terus je hantar saya ke hospital ya.” Perempuan muda itu cuba bangun tetapi dia tidak mampu. Syufa dapat merasakan bahawa perempuan itu telah mendapat kecederaan yang teruk di kaki kanannya.

memendam rasa...

Syufa tersenyum apabila Abang Latip melambai ke arahnya sewaktu dia mula memandu keretanya. Kak Seri itu isteri kepada Abang Latip yang baru saja melahirkan anaknya yang ketiga. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan yang terbaru mereka mendapat anak perempuan. Kata Kak Seri, Abang Latif teringin sangat mahu anak perempuan. Katanya, pasti wajah anak perempuannya mengikut acuan wajah ibunya yang manis. Abang Latip pernah bercerita dahulu, bagaimana dia menyukai Kak Seri dalam diam kerana Kak Seri adalah salah seorang mahasisiwi yang terkenal kerana rupa parasnya dan juga merupakan pelajar terbaik dalam jurusan undang-undang. Katanya lagi, dia teruja kerana dengan perwatakan dan rupa paras yang biasa-biasanya itu rupa-rupanya Kak Seri juga memendam rasa padanya. Pada mulanya Syufa musykil bagaimana mereka kenal sedangkan Kak Seri mengambil jurusan undang-undang dan Abang Latip pula jurusan Kejuruteraan. Itulah jodoh kata orang. Abang Latip yang menemani pak ciknya ke satu kenduri kahwin tidak menyangka akan terserempak dengan Kak Seri di situ. Rupa-rupanya kawan pak ciknya yang kahwin itu, sepupu kepada abang ipar Kak Seri. Kecilkan dunia ini.
~~sweetnya...

kerana kau perempuan mulia, Syufa.

‘Kerana kau perempuan mulia, Syufa.’
Terdengar satu suara bergema ditelinganya. Tiba-tiba Syufa membuka kelopak matanya secara mengejut. Dia terduduk. Segera membasahkan bibirnya dengan kalimah suci. Lalu dia bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai saja menunaikan solat sunat Tahajud yang menjadi rutinnya pada awal pagi, Syufa termenung sejenak di atas tikar sejadah. Tidak semena-mena tubir matanya basah dek air mata. Entah kenapa rasa sebak mendatang tiba-tiba apabila memikirkan mimpi aneh yang dialaminya sejak dua tiga hari yang lalu.

Tika ini aku tidak berlari lagi. Aku berada di satu tempat yang indah namun masih terasa asing bagiku. Rasanya aku tidak pernah menjejakkan kaki di sini. Aku tidak pernah melihat panorama ini seumur hidupku. Satu pemandangan yang menghijaukan pandanganku. Ya, di hadapanku terbentang satu padang hijau yang meluas dan ditompokkan dengan cahaya putih daripada bunga-bunga daisy yang membanjiri padang itu. Keharuman bunga-bungaan itu terasa membelai deria hidungku. Menyegarkan, mendamaikan pernafasanku. Lembut harumannya. Indah sungguh tempat ini, tapi kenapa aku dibawa ke mari? Siapa yang membawa aku ke mari?
‘Takdir yang membawa kau ke mari, Syufa. Kerana kau perempuan mulia.’

~~dalam proses menyiapka cerpen 'DIARI TERLARANG'

Kalaulah masa boleh diundur semula...

kalaulah masa boleh diundur semula, aku tak akan benarkan kau meluahkannya. ternyata apa yang kau luahkan akan menjadi parut yang berdarah andai kau tak mampu menyimpan perasaan itu. jika kau hanya mampu meluahkan tanpa dapat mempertahankannya, aku sangat kecewa. aku amat menyanjungi seseorang yang mampu mempertahankan perasaannya walaupun orang lain memperlekehkan. jika kau tidak mahu mempertahankan perasaan itu, seharusnya kau tak meluahkannya dahulu. kerana mana aku terseksa. aku seperti kehilangan seorang kawan apabila semua ini terjadi. atau memang kau suka kita jadi begini. menjadi semakin renggang tatkala sebuah perasaan menjelma. aku sememangnya tidak tahu apa yang ada di dalam hatimu. kadangkala aku rasa tersedar tatkala aku mendengar lagu d'masiv-apa salahku :-


APA SALAHKU
KAU BUAT BEGINI
KAU TARIK LULUH HATIKU HINGGA
SAKIT YANG KURASA

APAKAH YANG SEBENARNYA
JANGAN MAHU TAK MAHU SEPERTI INI
AKHIRNYA KINI AKU MENGERTI
APA YANG ADA DIFIKIRANMU SELAMA INI
KAU HANYA INGIN PERMAINKAN PERASAANKU
TAK ADA HATI, TAK ADA CINTA.

APA MEMANG INI YANG KAMU INGINKAN
TAK ADA SEDIKIT PUN NIAT TUK
SERIUS KEPADAKU.

entahlah. itu apa yang aku rasa. aku mengakui yang aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa. yang pasti, aku macam dah kehilangan seorang kawan. kenapa nak rasa segan, takut, malu selepas meluahkan perasaan. (kalaulah benar itu adalah perasaan dan bukanlah sekadar jenaka duka). selama yang aku kenal, kau bukanlah seorang yang begitu. apa-apa pun aku harap kau faham yang aku tak kisah semua itu. tapi bila semua yang berlaku lepas tu terjadi, aku rasa macam ada buat satu kesalahan yang besar pada kau. dan kau macam dah semakin takut untuk berkawan dengan gergasi kecil sepeti aku ni. dan aku nak katakan sebenarnya, jauh di lubuk hati. aku benar2 kecewa andai kerana perasaan yang tak tersahih itu, kita macam dah tak boleh macam dulu. please, aku sememangnya tak nak siapa-siapa pun tahu mengenai perkara ini. sebab apa? nak tahu? sebab kau akan semakin rasa takut, serba salah, segan dan macam-macam lagi. dan sememangnya aku tak tahu bahawa apa yang kau katakan pada aku tempoh hari benar-benar perasaan suci atau sekadar lakonan emosi yang kebosanan dan aku menjadi mangsa permainan perasaan. selamat jumpa lagi.

lipur lara

Jika diikutkan dengan edaran zaman sekarang, cepat seseorang itu naik maka cepatlah dia turun. Jika segera seseorang itu terjulang maka segeralah dia tenggelam. Andai kita mampu bangkit dengan serta-merta, berwaspadalah kerana kelak mungkin anda akan terjunam ke bawah. Jika sudah berada di atas, janganlah sesekali melupakan kaki yang masih berpijak di bumi.
Andai lumpur yang keruh itu perlu kita lalui, tenanglah mengharunginya sekiranya di depan sana terbentang ombak pantai yang melambai. Harungilah dengan kuat dan cekal dan janganlah sesekali berhenti kerana keraguan yang sebentar itu bakal melemaskan kita dalam lumpur hina kehidupan. Bukanlah sengaja ingin menakut-nakutkan dengan semua kiasan ini, ia hanyalah sebagai tonggak arah hati dan langkah tuju kita. Andai kita tersilap membuat pilihan dan keputusan, kita terpaksa menyelak onak duri itu dengan jemari sendiri walaupun pedihnya terasa seperti tertoreh pisau. Namun pilihan yang ada hanyalah menghadapi segala permasalahan yang mendabik dada di hadapan kita.

Senandung Sang Cengkerik

Sang cengkerik itu terus bersenandung
Tatkala malam menjadi sunyi
Suasana menjadi sepi
Sang cengkerik bersenandung ilusi
Mengharap ada yang mendengar
Terjemah cinta dan impi citanya
Mengharap ada yang merasa
Pada guris luka bertingkah
Dan tajam tusukan madah
Tatkala melodi aneh ciptaan suara kegelapan
Menggema ruang kosong memori semalam.

Malam kau berteleku, aku mampir kepadamu.

Bolehkah aku terus berada di situ
Seandainya kakiku tak teguh tetapi kaku
Tiap ketika kau berteleku
Aku mampir andai aku yang kau perlu
Namun andai aku menemani mimpi siangmu
Malammu menjadi lelah lesu
Tanpa sehembus nafas berpusu
Tanpa semilir angin mendayu
Tanpa sederap langkah menuju
Aku pasti mampir andai itu yang kau mahu
Mahu aku sentiasa menjadi angan citamu
Mahu aku sentiasa menjadi galah minatmu.

Kerli - Army Of Love (OFFICIAL MUSIC VIDEO) HD/HQ 1.080! (Dicember 2010/...

bulan tak selalu ada

penat aku menanti
padahal dia sudah lama pergi
penat aku menunggu
rupa-rupanya dia sudah lama mendahulu
bulan tak selalu ada
malam tak selalu bercahaya

cengkerik bersenandung di kala sunyi

puaskah mereka sekiranya hati ini disakiti?
gembirakah mereka tatkala air mata menjadi keringat mimpi?
butakah mereka pada ikhlas jiwa nurani?
ke manakah insaniah mereka bila ada yang tersungkur, hanya memerhati?

inilah cengkerik yang bersenandung di kala sunyi
merayap dalam kelam ruang malam
menghidupkan suasana tanpa halang
bersenandung dalam dunia sendiri
hanya berniat mendengarkan yang lain

aku dia aku

akulah si dia
di setiap sudut aku mengadu sepi
di setiap ruang aku bermanjakan sunyi
akulah si dia
di setiap memori aku palitkan senyuman
di setiap nostalgia aku tampakkan esakan...

tatkala aku mengenali si pemuisi itu

tatkala aku mengenali si dia
dialah si pemuisi itu
yang karyanya terpampang di serata dunia
bahasa gembira, bahasa duka, bahasa kecewa

tatkala aku menjiwai dirinya
ternyatalah dia si pemuisi itu
yang tangannya pantas melarikan mata pena
tentang jiwanya yang rawan gundah gulana
di atas kertas terbongkar segalanya

tatkala aku menyelami hati si pemuisi
aku merenung sejenak kehidupannya
jelas terpampang edaran masa sepinya
yang sering menerjah mimpi siangnya

Seeya 씨야 - 미친 사랑의 노래 Crazy Love Song 爱的歌 English subtitule

ha ga-in & jae-hee in yu-hee,the witch

aku melihat dunia

aku melihat dunia dari catatan kehidupan
daripada mata hati
dan aku mendengar muzik melalui jiwaku
dan aku akan menilai bait-bait liriknya melalui emosiku

yang terbaik

sepi itu yang terbaik buatku
sunyi itu yang ternilai untukku
tanpa aku menyedari
laraku tak seindah pagi yang kemendungan
terpinggir lemas tatkala hujan liar memulakan rutinnya
membenam tajam rintiknya ke perut bumi
tatkala mentari tegak meninggi
tiada lagi dingin hujan yang merenyai
terang bagai tiada lagi malam
cahaya siangnya membuatkan
kornea mata terasa tiada
apalagi yang perlu diluahkan
hanya hati yang merasakan
lara rindu buat..
sang pelayar yang sudi menemani
sunyi duniaku di pelabuhan sepi

aduhai hati

aduhai indah kembangan bunga;
entah layu entahkan tidak;
entah disegar bayu pagi,
aduhai hati yang lara;
entah terubat entahkan tidak;
entah masih dibawa sepi.

aku

aku suka memandang bulan
bulan yang tersenyum padaku
aku suka memandang bintang
bintang yang memujuk hatiku

dalam gelap malam aku mencari
di mana ketenangan hatiku
mengapa jiwaku kocak gelisah
tidak kurang malah semakin bertambah

langit yang gelap kutinjau isiannya
bintang-bintang menghiasi, bulan menerangi
aku ingin sekali mengungkap rahsia hati sendiri
tatkala malam semakin kelam
aku masih mencari apa yang aku alami
sehingga fikiranku kacau begini.

di mana dia

apa diharap buah pauh;
entah masam entahkan tidak;
entah sudah dimakan nuri,
apa diharap orang jauh;
entah ingat entahkan tidak;
entah sudah mencari ganti.

malam

malam yang suram itu
menggamit aku untuk terus berada di sini
di halaman bersama ketenangan yang menyelubungi
aku memeluk tubuh menahan dinginnya malam
lantas aku mendongak bermenungkan langit
tercari-cari sinar bintang yang seakan-akan bersembunyi
tercari-cari cahaya purnama yang seakan-akan memencil diri

malam yang hening itu
ingin sekali aku meluah rasa
melayan sunyi memanja sepi
agar bisa aku selimuti hatiku
dengan ketenangan abadi
namun aku sentiasa keseorangan
hanya berteman nyanyian sepi
dari corong peti muzik

nyanyian dan dendangannya memecah sunyiku
terasa membelai gegendang telingaku
terasa syahdu luahan rasanya
tanpa sedar hari esok bakal menjelma

kata hati

sapalah dia cinta,
dengan degup jantungku,
senyumlah pada dia cinta,
dengan getar jiwaku,
katakanlah pada dia cinta,
dengan jujur hatiku,
pandanglah dia cinta,
dengan sinar mataku,
hidulah harumannya cinta,
dengan sekali nafasku,
dan rapatkanlah kasihnya cinta,
dengan seluruh kasihku.