Permainan Hati

Permainan hati. Sifatnya sungguh licik. Kadangkala manusia tidak sedar bahawa diri mereka dipermainkan. Rupa-rupanya manusia tidak akan pernah sedar kerana hati dan naluri membataskan segala-galanya. Tindak-tanduk yang sememangnya berasaskan niat di hati kadangkala tidak bisa dipercayai bulat-bulat. Hati yang menguasai dan fikiran yang mengawal tidak selari bicaranya. Mungkin manusia menjadi separuh sedar dengan kekuasaan hati. Namun, kita tidak bisa menolak kewujudan fikiran di mana ianya menjadi titik tolak dalam berlakunya peringkat-peringkat pemikiran.

Bagaimana? Motifnya di sini adalah untuk mengetengahkan punca ketidakselarian bahasa hati dan fikiran. Bagaimana kita mengatasi tingkah hati yang tidak boleh diterima pakai oleh fikiran. Kadangkala situasi ini berlaku dan fikiran akan menyoal, "Kenapa? Kenapa? dan kenapa hati ini berbicara sedemikian." Lantas, apa pandangan kalian? Apakah yang sepatutnya dikawal? Kekeliruan yang mungkin berlaku di sini ialah apa yang dimaksudkan oleh perbicaraan dalam hati. Tidak semestinya ia berkisarkan kisah sayang, cinta dan seumpamanya. Namun, ia juga melibatkan iri, cemburu dan hasad. Penglibatan motif-motif negatif ini biasanya dikaitkan dengan rasa tidak senang dengan keadaan sekeliling. Walaubagaimanapun, motif-motif positif yang tertera di atas banyak mempengaruhi sudut tafsiran hati yang mampu membuatkan manusia rasa sakit yang dalam. Apa yang jelas, motif-motif positif dan negatif ini saling berkaitan antara satu sama lain.

Fikiran berbisik, "Bukan mudah mengikut bahasa hati." Katanya, hati ini punyai ego tersendiri. Apa yang mudah, tidak sesekali diterima hati. Apa yang sukar pula diekori lantas tercabar. Mungkin ada sesetengah manusia memandang ringan soal hati dan fikiran. Mereka menganggap fikiran seharusnya memikul tanggungjawab dalam mengawal tindak tanduk manusia. Bisa juga jika memikirkan fikiran itu seharusnya memandu hati dan bukan sebaliknya. Lantas, apa yang membezakan segala-galanya? Hal yang membabitkan dua entiti rohani ini barangkali dipengaruhi oleh pengalaman kehidupan mereka yang terdahulu. Bukan sahaja yang pahit malah pengalaman yang manis bisa juga memanjakan hati lalu dia bicara semahunya.
0 Responses