dalam tak sedar...

Degup jantungnya laju mengetuk dada, rasa macam nak tercabut pun ada. Syufa sudah berasa tidak sedap hati. Apa yang dia langgar sebenarnya. Segera dia berdoa dalam hati dan keluar melihat keadaan di hadapan keretanya. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak seorang perempuan terlentang di hadapan keretanya. Segera dia menghampiri perempuan muda itu. Ya, perempuan itu nampaknya muda. Syufa menarik lengan perempuan muda itu perlahan-lahan dan memalingkan wajah wanita itu supaya dia dapat mengamatinya. Tiba-tiba perempuan muda itu tersedar. Dia mengerang kesakitan. Sufa memintanya bersabar supaya dia boleh menelefon ambulans. Tetapi perempuan muda itu mengeras tidak mahu.
“Kak, akak mesti tolong saya. Tolong bawa saya jauh dari tempat ni. Tak payah telefon ambulans. Akak terus je hantar saya ke hospital ya.” Perempuan muda itu cuba bangun tetapi dia tidak mampu. Syufa dapat merasakan bahawa perempuan itu telah mendapat kecederaan yang teruk di kaki kanannya.
0 Responses