dan aku sebolehnya mahu...

Malam yang gelap
Ya malam sememangnya gelap
Aku merasai kehadiran bintang itu
Namun tidak kelihatan pada pandanganku

Entah kenapa sebak yang kurasa
Seperti ada kerinduan yang tak terluah
Seperti ada rasa kasih yang tak berubah

Ya, aku sebolehnya
Tidak mahu menjadi pantai
Pantai yang berubah setiap kali ombak memukul
Pantai yang hanya diam tanpa balas

Dan aku sebolehnya
Malam menjadi bulan
Bulan yang dirindui sang pungguk
Bulan yang dilatari bintang indah

Dalam gelap malam
Aku masih melihat awan
Merangkak di kaki langit

RENUNGAN

Merak merah mengibas sayap patahnya
Terus berjuang semati-mati
Dalam teguh jasad sejati
Meski hati penuh ilusi mimpi
Jiwanya merana dalam arus fantasi tragedi

Dalam malam yang kelam
Merak datang mencuri pandang
Tertepis lirikan taksub pada sukma minda
Saat matanya menajam
Beningnya cerun memimpin jelingan

Saat dan jiwa memukul bicara
Bibir seakan mengunci kata-kata
Nafas yang terhembus pada satu halusan aliran
Kesangkutan hirupan udara yang melalui lohong kecil
Mengikat perasaan yang bangkit berdiri
Meronta dalam dakapan kejamnya nurani
Saat dua jiwa melantun emosi duka

kangen band~biola tak berdawai

Berhembuslah Engkau Angin Malam
Bawa Serta Laguku
Mengitari Bumi ini Hingga Jauh

Akulah Seorang Petualang
Yang Mencari Cinta Sejati
Sampai Mati aku Akan Tetap Mencari

aku Bagai Biola Yang Tak Berdawai
Bila Tidak Engkau Lengkapi
aku Mohon Agar Engkau Tinggal Disini

Hamparan Pasir Putih Menunggu
Karang Di Lautan Menangis
Bila aku Tidak Bisa Melumpuhkanmu

Peluk Erat Tubuhku
Sentuhlah Jemariku
Rebahkan Sayap-sayap Patahmu
dan Terbanglah Bersamaku
Tuk Melintasi Langit Ke Tujuh
Bawalah aku Ke Alam Damaimu

Peluk Erat Tubuhku
Sentuhlah Jemariku
Rebahkan Sayap-sayap Patahmu

~suka mengamati bahasa indahnya...

dalam tak sedar...

Degup jantungnya laju mengetuk dada, rasa macam nak tercabut pun ada. Syufa sudah berasa tidak sedap hati. Apa yang dia langgar sebenarnya. Segera dia berdoa dalam hati dan keluar melihat keadaan di hadapan keretanya. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak seorang perempuan terlentang di hadapan keretanya. Segera dia menghampiri perempuan muda itu. Ya, perempuan itu nampaknya muda. Syufa menarik lengan perempuan muda itu perlahan-lahan dan memalingkan wajah wanita itu supaya dia dapat mengamatinya. Tiba-tiba perempuan muda itu tersedar. Dia mengerang kesakitan. Sufa memintanya bersabar supaya dia boleh menelefon ambulans. Tetapi perempuan muda itu mengeras tidak mahu.
“Kak, akak mesti tolong saya. Tolong bawa saya jauh dari tempat ni. Tak payah telefon ambulans. Akak terus je hantar saya ke hospital ya.” Perempuan muda itu cuba bangun tetapi dia tidak mampu. Syufa dapat merasakan bahawa perempuan itu telah mendapat kecederaan yang teruk di kaki kanannya.

memendam rasa...

Syufa tersenyum apabila Abang Latip melambai ke arahnya sewaktu dia mula memandu keretanya. Kak Seri itu isteri kepada Abang Latip yang baru saja melahirkan anaknya yang ketiga. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki dan yang terbaru mereka mendapat anak perempuan. Kata Kak Seri, Abang Latif teringin sangat mahu anak perempuan. Katanya, pasti wajah anak perempuannya mengikut acuan wajah ibunya yang manis. Abang Latip pernah bercerita dahulu, bagaimana dia menyukai Kak Seri dalam diam kerana Kak Seri adalah salah seorang mahasisiwi yang terkenal kerana rupa parasnya dan juga merupakan pelajar terbaik dalam jurusan undang-undang. Katanya lagi, dia teruja kerana dengan perwatakan dan rupa paras yang biasa-biasanya itu rupa-rupanya Kak Seri juga memendam rasa padanya. Pada mulanya Syufa musykil bagaimana mereka kenal sedangkan Kak Seri mengambil jurusan undang-undang dan Abang Latip pula jurusan Kejuruteraan. Itulah jodoh kata orang. Abang Latip yang menemani pak ciknya ke satu kenduri kahwin tidak menyangka akan terserempak dengan Kak Seri di situ. Rupa-rupanya kawan pak ciknya yang kahwin itu, sepupu kepada abang ipar Kak Seri. Kecilkan dunia ini.
~~sweetnya...

kerana kau perempuan mulia, Syufa.

‘Kerana kau perempuan mulia, Syufa.’
Terdengar satu suara bergema ditelinganya. Tiba-tiba Syufa membuka kelopak matanya secara mengejut. Dia terduduk. Segera membasahkan bibirnya dengan kalimah suci. Lalu dia bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai saja menunaikan solat sunat Tahajud yang menjadi rutinnya pada awal pagi, Syufa termenung sejenak di atas tikar sejadah. Tidak semena-mena tubir matanya basah dek air mata. Entah kenapa rasa sebak mendatang tiba-tiba apabila memikirkan mimpi aneh yang dialaminya sejak dua tiga hari yang lalu.

Tika ini aku tidak berlari lagi. Aku berada di satu tempat yang indah namun masih terasa asing bagiku. Rasanya aku tidak pernah menjejakkan kaki di sini. Aku tidak pernah melihat panorama ini seumur hidupku. Satu pemandangan yang menghijaukan pandanganku. Ya, di hadapanku terbentang satu padang hijau yang meluas dan ditompokkan dengan cahaya putih daripada bunga-bunga daisy yang membanjiri padang itu. Keharuman bunga-bungaan itu terasa membelai deria hidungku. Menyegarkan, mendamaikan pernafasanku. Lembut harumannya. Indah sungguh tempat ini, tapi kenapa aku dibawa ke mari? Siapa yang membawa aku ke mari?
‘Takdir yang membawa kau ke mari, Syufa. Kerana kau perempuan mulia.’

~~dalam proses menyiapka cerpen 'DIARI TERLARANG'

Kalaulah masa boleh diundur semula...

kalaulah masa boleh diundur semula, aku tak akan benarkan kau meluahkannya. ternyata apa yang kau luahkan akan menjadi parut yang berdarah andai kau tak mampu menyimpan perasaan itu. jika kau hanya mampu meluahkan tanpa dapat mempertahankannya, aku sangat kecewa. aku amat menyanjungi seseorang yang mampu mempertahankan perasaannya walaupun orang lain memperlekehkan. jika kau tidak mahu mempertahankan perasaan itu, seharusnya kau tak meluahkannya dahulu. kerana mana aku terseksa. aku seperti kehilangan seorang kawan apabila semua ini terjadi. atau memang kau suka kita jadi begini. menjadi semakin renggang tatkala sebuah perasaan menjelma. aku sememangnya tidak tahu apa yang ada di dalam hatimu. kadangkala aku rasa tersedar tatkala aku mendengar lagu d'masiv-apa salahku :-


APA SALAHKU
KAU BUAT BEGINI
KAU TARIK LULUH HATIKU HINGGA
SAKIT YANG KURASA

APAKAH YANG SEBENARNYA
JANGAN MAHU TAK MAHU SEPERTI INI
AKHIRNYA KINI AKU MENGERTI
APA YANG ADA DIFIKIRANMU SELAMA INI
KAU HANYA INGIN PERMAINKAN PERASAANKU
TAK ADA HATI, TAK ADA CINTA.

APA MEMANG INI YANG KAMU INGINKAN
TAK ADA SEDIKIT PUN NIAT TUK
SERIUS KEPADAKU.

entahlah. itu apa yang aku rasa. aku mengakui yang aku sendiri tak pasti dengan apa yang aku rasa. yang pasti, aku macam dah kehilangan seorang kawan. kenapa nak rasa segan, takut, malu selepas meluahkan perasaan. (kalaulah benar itu adalah perasaan dan bukanlah sekadar jenaka duka). selama yang aku kenal, kau bukanlah seorang yang begitu. apa-apa pun aku harap kau faham yang aku tak kisah semua itu. tapi bila semua yang berlaku lepas tu terjadi, aku rasa macam ada buat satu kesalahan yang besar pada kau. dan kau macam dah semakin takut untuk berkawan dengan gergasi kecil sepeti aku ni. dan aku nak katakan sebenarnya, jauh di lubuk hati. aku benar2 kecewa andai kerana perasaan yang tak tersahih itu, kita macam dah tak boleh macam dulu. please, aku sememangnya tak nak siapa-siapa pun tahu mengenai perkara ini. sebab apa? nak tahu? sebab kau akan semakin rasa takut, serba salah, segan dan macam-macam lagi. dan sememangnya aku tak tahu bahawa apa yang kau katakan pada aku tempoh hari benar-benar perasaan suci atau sekadar lakonan emosi yang kebosanan dan aku menjadi mangsa permainan perasaan. selamat jumpa lagi.