kerana kau perempuan mulia, Syufa.

‘Kerana kau perempuan mulia, Syufa.’
Terdengar satu suara bergema ditelinganya. Tiba-tiba Syufa membuka kelopak matanya secara mengejut. Dia terduduk. Segera membasahkan bibirnya dengan kalimah suci. Lalu dia bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Selesai saja menunaikan solat sunat Tahajud yang menjadi rutinnya pada awal pagi, Syufa termenung sejenak di atas tikar sejadah. Tidak semena-mena tubir matanya basah dek air mata. Entah kenapa rasa sebak mendatang tiba-tiba apabila memikirkan mimpi aneh yang dialaminya sejak dua tiga hari yang lalu.

Tika ini aku tidak berlari lagi. Aku berada di satu tempat yang indah namun masih terasa asing bagiku. Rasanya aku tidak pernah menjejakkan kaki di sini. Aku tidak pernah melihat panorama ini seumur hidupku. Satu pemandangan yang menghijaukan pandanganku. Ya, di hadapanku terbentang satu padang hijau yang meluas dan ditompokkan dengan cahaya putih daripada bunga-bunga daisy yang membanjiri padang itu. Keharuman bunga-bungaan itu terasa membelai deria hidungku. Menyegarkan, mendamaikan pernafasanku. Lembut harumannya. Indah sungguh tempat ini, tapi kenapa aku dibawa ke mari? Siapa yang membawa aku ke mari?
‘Takdir yang membawa kau ke mari, Syufa. Kerana kau perempuan mulia.’

~~dalam proses menyiapka cerpen 'DIARI TERLARANG'
0 Responses